Skip to product information
[FUNBOOK] Adik Genius Prasekolah Edisi 2027 (4-6 Tahun) Tadika Preschool Ilmu Bakti
RM72.00
Siri Adik Genius ini ditulis khusus untuk kanak-kanak prasekolah berusia 4–6 tahun selaras dengan Kurikulum Prasekolahan 2027. Buku-buku dalam siri ini memuatkan pelbagai aktiviti menarik merangkumi Pembelajaran Bersepadu yang menerapkan elemen pengetahuan, kemahiran dan adab berasaskan standard dan berorientasikan kompetensi bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan sejahtera.
Siri ini memberikan penekanan khusus kepada fitur-fitur baharu kurikulum seperti pemantapan pembentukan karakter, kemahiran pengurusan diri dan pemupukan minat membaca. Siri ini amat sesuai untuk memperkaya pengalaman pembelajaran di sekolah dan di rumah serta menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan bermakna.
